Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (berdiri, tengah) bergambar bersama pelakon dan kakitangan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor pada sidang media Teater Komedi Seram Anti Dadah dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya di Pejabat MBI, Shah Alam pada 15 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI komited sokong kempen antidadah libat teater, seni dan budaya di Selangor

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 16 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI komited dalam menyokong aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dilaksanakan di negeri ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata jabatan terbabit menyediakan peruntukan menjayakan aktiviti seumpama itu di Selangor.

“Kita di MBI menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor memandangkan pengerusinya juga adalah pengerusi MBI iaitu Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada Media Selangor selepas majlis sidang media
Teater Komedi Seram Anti Dadah dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya di Pejabat MBI, Shah Alam pada 15 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Untuk program ini memang kita ada bantu dari sudut dana bahkan program CSR anjuran MBI memang kita ada program untuk aktiviti seni dan budaya.

“Justeru menerusi kerjasama bersama Pemadam Selangor kita sokong sebarang kempen untuk bawa mesej antidadah baik dari sudut teater, acara seni dan budaya serta program advokasi lain,” katanya pada sidang media teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Bangunan Darul Ehsan di sini semalam.

Ahmad Azri berkata pihaknya berharap pementasan teater yang mengangkat tema komedi seram memerangi penyalahgunaan dadah itu mampu menarik minat orang ramai memandangkan ia menampilkan barisan selebriti tanah air.

Teater yang dibintangi ratu rock negara Ella itu turut menampilkan barisan pelawak antaranya Imuda, Abu Mamu, Caca Raja Lawak dan Kumpulan Kiut juara gegar lawak musim pertama dan ia dipentaskan 26 Mei ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap pada majlis sidang media
Teater Komedi Seram Anti Dadah dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya di Pejabat MBI, Shah Alam pada 15 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Selain itu penampilan istimewa seperti Jo Branko (bekas gitaris Wings), Jojie (kakak Ella), Kapten Azhar (suami Ella) dan Chef Yang Jamil turut memeriahkan teater berkenaan.


Pengarang :