PBTSELANGOR

MBPJ anjur Hari Landskap Negara pada 19 Mac, pelbagai aktiviti menarik disedia

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 10 MAC:  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjemput orang ramai untuk memeriahkan sambutan Hari Landskap Negara di Taman Aman, Seskyen 22, Petaling Jaya pada 19 Mac ini.

Unit Komunikasi Korporatnya memberitahu program yang bermula pukul 7 pagi itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak.

“Antara aktiviti yang dijalankan ialah treasure hunt, zumba, petting zoo, pony ride dan pemeriksaan kesihatan percuma.

“Orang ramai juga berpeluang membeli pelbagai barangan yang ditawarkan di gerai jualan selain menyaksikan pameran yang disediakan,’’ katanya melalui Facebook.

Tambahnya sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-7804 8907 atau 03-7804 8908 (waktu pejabat).

Hari Landskap Negara peringkat kebangsaan telah diisytiharkan dan disambut pada 3 Mac setiap tahun.

Tujuan utama sambutan adalah untuk meningkatkan kualiti pembangunan landskap negara dengan mewujudkan kesedaran, menarik minat dan pengetahuan dalam kalangan semua pihak terhadap landskap dan persekitaran.

Hari Landskap Negara juga diadakan bagi menyokong perkembangan industri landskap negara


Pengarang :