Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

MBSA, agensi keselamatan jalan raya bekerjasama anjur program kenderaan mikromobiliti

Oleh Sofia Nasir

SHAH ALAM, 10 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan menganjurkan Hari Keselamatan Kenderaan Mikromobiliti peringkat kebangsaan 2023, Ahad ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata ia bagi mempromosikan penggunaan kenderaan tersebut sebagai kenderaan batuan pertama dan akhir yang lebih selamat.

“Program ini diadakan bersama dengan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan mulai 7.30 pagi di Dataran Kemerdekaan.

“Ia dijangka akan dirasmikan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah,” kata Shahrin Ahmad kepada Selangorkini.

Hasbi di Dewan Rakyat semalam, memaklumkan Shah Alam menjadi lokasi pilihan untuk pengujian garis panduan kenderaan jenis mikromobiliti.

Menurutnya, garis panduan yang dimuktamadkan itu adalah perancangan untuk laluannya dengan memberi fokus kepada elemen keperluan infrastruktur dan kemudahan sokongan lain.

Kenderaan mikromobiliti merujuk penggunaan kenderaan mikro iaitu dengan jisim tidak melebihi daripada 350 kilogram dan berkelajuan reka bentuk tidak melebihi 45 kilometer per jam, dipandu pengguna secara peribadi.


Pengarang :