PBTSELANGOR

MBSA tawar potongan 30 peratus kompaun parkir kenderaan esok

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 16 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di ruang legar, Tingkat G (berhadapan Padini Concept Store), I-City dari jam 11 pagi hingga 5 petang esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata program tersebut memberi peluang kepada orang ramai menyalurkan aduan dan permasalahan di kawasan pentadbiran MBSA.

“Orang ramai juga berpeluang mendapat pengurangan 30 peratus kompaun parkir kenderaan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007.

“50 pelanggan terawal juga akan menerima botol air percuma,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau pihaknya turut menyediakan perkhidmatan penyemakan dan pembayaran cukai taksiran, kompaun, permohonan ubah suai premis dan sebagainya.

“Pelbagai jabatan dalaman MBSA akan menyertai program ini antaranya Jabatan Pelesenan, Jabatan Landskap, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta Jabatan Kesihatan Persekitaran.

“Orang ramai dijemput beramai-ramai ke program ini,” katanya.


Pengarang :