DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diberi taklimat oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berhubung perkembangan kementerian diketuainya dalam pertemuan di Istana Kayangan, Shah Alam pada 15 Mac 2023. Foto Facebook SELANGOR ROYAL OFFICE
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Menteri komunikasi mengadap Sultan, persembah perkembangan kementerian

SHAH ALAM, 16 MAC: Dulu Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima mengadap menteri komunikasi dan digital di Istana Bukit Kayangan di sini semalam.

Selangor Royal Office memaklumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diberi taklimat oleh Fahmi Fadzil mengenai usaha sedang dilakukan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi menguatkuasakan aktiviti dalam talian dengan lebih berkesan.

“(Penguatkuasaan) khususnya membabitkan agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),” menurut kenyataan itu di Facebook.

Menerusi medium sama, Fahmi menjunjung kasih atas perkenan Baginda menerima mengadap beliau bagi menyembah maklum perkara berkaitan KKD.

“Saya serta warga KKD mendoakan DYMM Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” katanya.


Pengarang :