Longgokkan sisa pukal di pusat pengumpulan sisa banjir ketika Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang di Chaah Tengah, Segamat, Johor pada 9 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Misi pascabah di Labis, sukarelawan Selangor keluarkan 765 tan sisa pukal

LABIS, 10 MAC: Sejumlah 765 tan sisa pukal dikeluarkan dari sembilan kawasan terjejas banjir di Pekan Chaah dekat sini, menerusi Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang fasa dua semalam.

Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Muhammad Hanafi Ahmad. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Menurut Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN), pembersihan tersebut melibatkan kekuatan 311 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT), Sukarelawan Selangor (Serve), KDEB Waste Management (KDEBWM) dan Team Selangor.

“Operasi pembersihan yang diketuai EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman bermula 9 pagi hingga 6 petang di lokaliti ditetapkan Majlis Daerah Labis.

“Sebanyak 218 pusingan kutipan telah dilaksanakan dari kawasan berkaitan ke pusat pengumpulan sisa sementara di Pekan Chaah,” kata Muhammad Hanafi Ahmad kepada Selangorkini.

Misi pembersihan sisa pukal bermula sejak kelmarin diteruskan hari ini dengan menumpukan kawasan sama.

Semalam Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan terima kasih kepada petugas yang bertungkus-lumus membantu proses pembersihan dan pelupusan sampah pascabanjir di Johor.

Lori roro KDEB Waste Management (KDEBWM) menghantar sisa pukal di pusat pengumpulan sisa banjir ketika Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang di Chaah Tengah, Segamat, Johor pada 9 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Berikut pecahan kutipan mengikut PBT dan agensi di kawasan ditetapkan:

1. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
– Taman Sri Chaah dan Taman Damai Jaya 2 (155 tan dan 31 pusingan)

2. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
– Kampung Kangkar 1 dan 2 (148 tan dan 37 pusingan)

3. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Team Selangor
– Kampung Jawa dan Taman Orked (120 tan dan 24 pusingan)

4. Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK)
– Taman Chaah Baru 1 dan 2 (80 tan dan 40 pusingan)

5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
– Taman Damai Jaya 1 dan Taman Sentosa (75 tan dan 15 pusingan)

6. KDEBWM
– Taman Jaya 2, Taman Nesa, Taman Muhibah dan Taman Chaah (70 tan dan 35 pusingan)

7. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Serve
– Kampung Jawa Baru (57 tan dan 18 pusingan)

8. Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
– Taman Perwira, Taman Permata, Taman Muhibah dan Taman Nesa (36 tan dan 12 pusingan)

9. Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
– Taman Seri Setia, Taman Mesra dan Taman Chaah Baru Fasa 2 (24 tan dan enam pusingan)


Pengarang :