PBTSELANGOR

MPAJ anjur program iftar, kongsi rezeki sempena Ramadan

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 23 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempelawa penduduk sekitar Ampang Jaya ke program Iftar Jamaei sepanjang Ramadan ini.

Program tahunan itu diadakan di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah bermula 23 Mac hingga 21 April mulai jam 6 petang hingga 8.30 malam.

“Kita adakan program seumpama ini bagi mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat khususnya warga Ampang Jaya,” kata MPAJ menerusi kenyataan.

Sebarang pertanyaan mengenai program berkenaan orang ramai boleh hubungi 017-2935825 (Azzizul).

Sementara itu, MPAJ turut menganjurkan Program Kongsi Rezeki bertujuan mengumpulkan sumbangan makanan dan keperluan harian untuk disalur kepada golongan memerlukan.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang barangan makanan harian seperti beras dan gula sepanjang Ramadan ini.

Sumbangan boleh dibuat di Lobi Aras 4, Menara MPAJ atau hubungi 0117-3024108 (Siti Zakiah).


Pengarang :