PBTSELANGOR

MPAJ pelawa sertai anugerah inovasi, tawar wang tunai RM5,000

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempelawa penduduk menyertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2023 bagi menggalak cetusan idea baharu yang kreatif dan inovatif.

Pelbagai kategori dipertanding antaranya institusi pengajian tinggi, sektor awam, swasta, sekolah serta akar umbi dengan tawaran wang tunai RM5,000.

Penyertaan adalah percuma dan akan berakhir pada 31 Mei depan. Imbas kod QR pada poster AINS untuk mendapatkan borang penyertaan dan garis panduan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Noryani Roslan daripada Jabatan Korporat dan Teknologi Maklumat di talian 03-4285 7404 atau 7124.

Peserta boleh menghantar lebih penyertaan manakala inovasi yang dihasilkan hendaklah berusia lingkungan dua tahun (2021 hingga 2023).


Pengarang :