Wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selepas menerima sijil pengiktirafan Anugerah Lima Bintang pada majlis penutup Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2023 di ICC, Ipoh Perak pada 11 Mac 2023. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ rangkul Anugerah Lima Bintang, PBT terbaik pengurusan

SHAH ALAM, 17 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) meraih Anugerah Lima Bintang menerusi Anugerah Khas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik Perbandaran kategori pengurusan.

MPAJ memaklumkan dengan markah 97.16 peratus, ia juga menduduki tempat kesembilan daripada 153 PBT sempena Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2022.

“Alhamdulillah kejayaan buat MPAJ. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

“Semoga kejayaan ini menjadi tanda aras dalam usaha menjadikan Ampang Jaya Bandar Digital Berdaya Huni menjelang tahun 2025,” katanya di Facebook.

Penyampaian anugerah berlangsung pada majlis penutup Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2023 di ICC, Ipoh Perak pada 11 Mac lalu.

Majlis dirasmikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming selain disertai barisan pengurusan tertinggi MPAJ.


Pengarang :