Penyelenggaraan dan pembaikan cerun di Kondominium Mutiara dilakukan untuk keselamatan dan keselesaan penduduk. Foto Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPAJ selenggara, baiki cerun kondominium demi keselamatan penduduk

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 17 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah membuat penyelenggaraan serta pembaikan cerun di Kondominium Mutiara, Jalan Bukit Indah 3/3, Ampang baru-baru ini.

Kerja membaik pulih melibatkan pembinaan tembok gabion dan pembaikan longkang yang rosak dibuat sebagai langkah pencegahan awal.

Penyelenggaraan dan pembaikan cerun di Kondominium Mutiara untuk keselamatan dan keselesaan penduduk. Foto Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

“Sebahagian pokok berisiko dan condong di belakang kondominium yang berkemungkinan tumbang dan menimpa kenderaan sudah ditebang.

“MPAJ memberi perhatian kepada infrastruktur di kawasan Ampang Jaya melalui penyelenggaraan berkala untuk keselamatan serta memenuhi keperluan penduduk,” kata pihak berkuasa tempatan itu melalui satu kenyataan.

Selain itu, MPAJ turut menjalankan kerja pelebaran jalan susur baru sepanjang 50 meter di Jalan Air Bukit, Taman Ampang Utama.

Laluan pejalan kaki serta rel penghadang dibina di Jalan Tasik Tambahan 3 dan Jalan Taman Putra, Ampang. Foto Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

Menurut kenyataan itu lagi, laluan pejalan kaki jenis konkrit imprint dilengkapi rel penghadang sepanjang 700 meter dibina di Jalan Tasik Tambahan 3 dan Jalan Taman Putra, Ampang menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).


Pengarang :