Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Mohd Hasry Nor Mohd (kanan) melancarkan aplikasi MPHS Go di ibu pejabat MPHS pada 22 Mac 2023. Foto Facebook MPHS
PBTSELANGOR

MPHS lancar aplikasi pusat sehenti, boleh akses pelbagai khidmat

SHAH ALAM, 23 MAC: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memperkenalkan aplikasi pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk penduduk.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan aplikasi MPHS Go menyediakan perkhidmatan antaranya aduan dalam talian dan pembayaran cukai taksiran.

Menurutnya, pengguna juga boleh menggunakan e-perkhidmatan agensi kerajaan yang lain selain membuat panggilan kepada agensi berkaitan.

“Dalam aplikasi ini juga tersedia direktori secara luar talian (offline) serta lokasi pejabat agensi yang berkaitan. Aplikasi ini juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya menerusi Facebook.

Pengguna Android boleh memuat turun aplikasi itu di Google Play Store manakala pengguna iOS akan dimasukkan di Apps Store Store tidak lama lagi.


Pengarang :