Antara penerima bantuan daripada 375 individu kurang berkemampuan yang disantuni Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sempena program Ziarah Ramadan pada 18 Mac 2023. Foto Ihsan MPHS
PBTSELANGOR

MPHS peruntuk lebih RM30,000 bantu B40 sambut Ramadan, eratkan hubungan

SHAH ALAM, 24 MAC: Seramai 375 individu kurang berkemampuan disantuni Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sempena program Ziarah Ramadan pada 18 Mac lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan memaklumkan MPHS memperuntuk lebih RM30,000 bagi memberikan sumbangan baucar membeli-belah kepada penerima berkenaan.

Penerima diberi baucar Segi Fresh berjumlah RM100 daripada MPHS manakala pihak Segi Fresh turut menyumbang sos cili dan kurma kepada individu terbabit.


Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memberi sumbangan baucar membeli-belah kepada keluarga kurang berkemampuan di sekitar Hulu Selangor sempena program Ziarah Ramadan pada 18 Mac 2023. Foto Ihsan MPHS

“Program ini diadakan bertujuan membantu golongan yang memerlukan bagi membuat persiapan menyambut Ramadan selain merapatkan hubungan antara MPHS bersama masyarakat sekitar Hulu Selangor,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, MPHS memaklumkan pemilihan penerima adalah dalam golongan individu beragama Islam daripada keluarga kurang berkemampuan.

MPHS berharap program itu dapat mewujudkan satu jaringan yang utuh, kuat serta harmoni terutama dalam masyarakat setempat dan semoga dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


Pengarang :