PBTSELANGOR

MPS: Semak, bayar lesen niaga di portal MyMPS

Oleh Azian Aziz

SELAYANG, 31 MAC’ Peniaga di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kini boleh memperbaharui dan membayar lesen perniagaan melalui portal MyMPS.

Timbalan Yang Dipertuanya Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata portal tersebut dinaik taraf bagi memudahkan orang ramai khususnya peniaga melakukan pelbagai urusan.

“Para peniaga kini boleh membuat semakan, memperbaharui dan membuat bayaran lesen perniagaan, sewaan gerai serta  permit bangunan di pautan https://mymps.mps.gov.my,’’ katanya dalam ucapannya dalam mesyuarat MPS  hari ini.

Menurut Adi Faizal sehingga Februari lalu, MPS menerima bayaran lesen perniagaan berjumlah RM457,068.38 melalui 572 transaksi di portal MyMPS.

“Melalui portal itu, MPS juga menerima bayaran sewaan gerai sebanyak RM255,926.98 melalui 743 transaksi dan bayaran permit bangunan berjumlah RM415,215.57 (54 transaksi),’’tambahnya.

MyMPS yang dibangunkan pada 2020 merupakan gerbang pembayaran pelbagai bil MPS secara dalam talian yang mesra pengguna dan lebih sistematik.


Pengarang :