EXCO Industri dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim menjawab soalan pada mesyuarat Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor ke-14 di Dewan Negeri Selangor (DNS), Shah Alam pada 14 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri bekal lebih 1,000 lampu LED solar di kampung, kawasan gelap

SHAH ALAM, 15 MAC: Kerajaan Selangor membekalkan lebih 1,000 lampu diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

EXCO Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim berkata setiap kawasan terutama di kampung dan lokasi yang gelap menerima sekurang-kurangnya 20 lampu LED setakat ini.

“Daripada segi bajet kita hanya mampu beri 20 buat masa ini, dana kita terhad dan perlu melihat kepada keutamaan infrastruktur lain seperti jalan, parit dan sebagainya.

“Namun, kita akan sentiasa melihat kepada masalah ini. Sebenarnya tugas utama pencahayaan terletak bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan wakil rakyat Ijok Idris Ahmad berhubung jalan dan lampu jalan yang rosak dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Chang Khim berkata terdapat beberapa program pemasangan lampu LED berkuasa solar turut dilaksana Kementerian Pembangunan Luar Bandar di jalan kampung, kawasan orang asli dan tarikan pelancong.

“Bagi pemasangan lampu jalan oleh JKR pula, kriteria utama adalah kawasan yang tiada bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad, kawasan kerap terjadi vandalisme atau kemalangan,” katanya.


Pengarang :