EXCO Hal Ehwal Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tiga, kanan) menyampaikan cenderahati kepada peniaga selepas merasmikan Program Murnikan 3R di bulan Ramadan 2023 anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di bazar Ramadan Banting, Kuala Langat pada 29 Mac 2023. Turut sama Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting Lau Weng San (kanan) dan Yang Dipertua MPKL Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim (dua, kanan). Foto: AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri galak lebih ramai peniaga makanan sertai inisiatif Menu Rahmah

KUALA LANGAT, 30 MAC: Kerajaan Selangor giat menggalakkan peniaga makanan di negeri ini untuk menyertai inisiatif Menu Rahmah.

EXCO hal ehwal pengguna berkata usaha itu sekali gus membuka peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan makanan pada harga berpatutan.

EXCO Hal Ehwal Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni berucap merasmikan Program Murnikan 3R di bulan Ramadan 2023 anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di bazar Ramadan Banting, Kuala Langat pada 29 Mac 2023. Foto: AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Peniaga boleh peruntukkan satu atau dua menu yang dirasakan sesuai untuk dijual pada harga RM5 ke bawah supaya pengguna yang tidak mampu boleh beli makanan mengikut kewangan yang mereka ada,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Terdahulu, beliau merasmikan program murni 3R di bulan Ramadan di bazar Ramadan Banting di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri Banting Lau Weng San dan Yang Dipertua MPKL Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim

EXCO Hal Ehwal Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tengah) bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting Lau Weng San (kiri) dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim menuang minyak masak terpakai ke dalam tong yang disediakan pada Program Murnikan 3R di bulan Ramadan 2023 anjuran MPKL di bazar Ramadan Banting, Kuala Langat pada 29 Mac 2023. Foto: AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Program anjuran Kerajaan Negeri yang dikelola Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) itu bagi mengurangkan penggunaan beg plastik selain menjayakan kempen minyak masak terpakai.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan Menu Rahmah yang menawarkan hidangan makanan pada harga RM5 dan ke bawah khusus untuk golongan miskin tegar.


Pengarang :