EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim melihat pelan projek ketika melawat tapak pembinaan jejambat Bandar Saujana Putra di Persiaran Saujana Putra pada 2 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
EXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Negeri peruntuk RM50 juta naik taraf, turap jalan berlubang

SHAH ALAM, 31 MAC: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM50 juta untuk menurap jalan berlubang yang dijangka bermula penghujung April depan.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata pihaknya kini sedang menunggu senarai jalan berlubang atau bermasalah daripada pihak berkuasa tempatan.

“Sebaik menerima senarai jalan, kita akan muktamadkan yang mana perlu dilaksana terlebih dahulu. Proses muktamad jalan mana perlu dinaik taraf adalah pertengahan April dan kerja menurap bermula selepas Aidilfitri.

“Untuk keseluruhan, kita peruntuk RM50 juta untuk menurap jalan berlubang dan bermasalah seluruh Selangor, bukannya buat jalan baharu,” katanya dihubungi SelangorKini.

Menerusi Belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM145 juta untuk meningkatkan sistem jaringan jalan raya tahun depan bagi memberi keselesaan kepada pengguna yang semakin bertambah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM40.98 juta diagih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan pembinaan jalan baharu di beberapa lokasi.


Pengarang :