BUDAYARENCANA

Nuragamang

– Selepas membaca sajak “Invasi dau dau”

Sonder nuraga menjelma nuragamang
Nir-fikir, kaumemulakan wayang
Karektornya karektor yang
melawan dalam puisinya puisi suaka
Dalam kata yang kudus gila
Gilanya onar yang dimula dalam
Gelupur status quo & gelepar dendam
Senista hakikat. Senoda nafas.
Semelarat karat. Selagak agas.
Sebuas nahas. Selara jiwa.
Semuanya adalah nama lain bagi rentak retakmu.
Jangan cuba bersembunyi dalam baris
Jika berani mari keluar berbacok tenagapi dalaman.

Filemir penuh falsafah ini
Adalah karya paling kreatif aku yang di-
Rasuk dek resah kesumat. &
Hari-hariku penuh
Azam untuk menjadi dewasa & lelaki sejati,

Demimungkin


Pengarang :