ADNSELANGOR

Orang ramai diajak sertai aktiviti mendaki bersama wakil rakyat

SHAH ALAM, 30 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan mempelawa individu yang berminat aktiviti mendaki untuk menyertai program ‘Jom Hiking Bersama YB’ pada 9 April ini.

Wakil rakyatnya Ean Yong Hian Wah berkata program dengan kerjasama DUN Bandar Utama dan DUN Balakong itu bermula jam 6.30 pagi di Bukit Serdang.

“Kita menyasarkan 300 peserta tanpa kira usia untuk menyertai aktiviti mendaki ini dan anda boleh hadir secara terus tanpa perlu pendaftaran awal, daftar sahaja di lokasi program.

“Aktiviti ini dianjurkan sebagai langkah meningkatkan kesedaran menjaga kesihatan selain mengeratkan hubungan wakil rakyat dan penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, selain memupuk amalan senaman dalam kalangan masyarakat aktiviti itu juga salah satu medium mendekati dan mengeksplorasi alam sekitar.

Pada masa sama, Hian Wah menggalakkan orang ramai terus mengikuti laman media sosial wakil rakyat di negeri ini bagi mengikuti perkembangan semasa dan maklumat terkini program dianjurkan.


Pengarang :