Pengunjung melakukan aktiviti mendaki di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya pada 16 Jun 2020 selepas kawasan itu dibuka semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Orang ramai dipelawa daki Bukit Gasing, terokai alam sekitar

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 25 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing mempelawa orang ramai menyertai pendakian Hutan Pendidikan, Bukit Gasing pada 1 April ini.

Setiausaha politik wakil rakyatnya berkata program bermula jam 7.30 hingga 11.00 pagi dan tiada penetapan sasaran penyertaan.

“Kita sasar seramai mungkin peserta selain membuat aktiviti riadah bersama wakil rakyat, peserta dapat mengeksplorasi alam sekitar sambil menjaga kebersihan hutan.

“Setakat ini, penerimaan golongan belia pada program anjuran DUN amat baik, kita sentiasa kemas kini hebahan melalui media sosial dan jawatankuasa penduduk.” kata M Kusaaliny.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui imbasan kod QR pada poster hebahan di Facebook rasmi Ahli Dewan Negeri (ADN) R Rajiv.

Mereka juga digalak mengikuti laman media sosial, terutama Facebook bagi mendapatkan maklumat terkini.


Pengarang :