Anggota Pasukan Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat memotong dan mengalihkan pokok tumbang ekoran hujan lebat dan angin kencang pada 27 Mac 2023. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya
AGENSISELANGOR

Pantas MBSJ alihkan pokok tumbang di sembilan lokasi ekoran hujan lebat

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 29 MAC: Anggota Pasukan Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengalihkan beberapa pokok tumbang di sembilan kawasan susulan hujan lebat dan angin kencang kelmarin.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata kejadian pokok tumbang sehingga menghalang jalan raya berlaku di Jalan Persiaran Puchong Perdana, Persiaran Bahagia Putra Height dan Jalan Sri Aman Tambahan.

Kejadian sama turut berlaku di Persiaran Tasik Prima Puchong Batu 12, Persiaran Putra Perdana, Jalan Putra Permai 10/4e Dan 10/4g serta Jalan Jurutera Puchong.

“Dengan kekuatan seramai enam anggota Pantas MBSJ dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat semua tindakan telah diambil dalam kadar segera,” maklumnya di Facebook.

Penduduk boleh menghubungi Pusat Kawalan & Panggilan (Command Center) di talian 03-8024 7700 atau digalak menggunakan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MBSJ jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan.


Pengarang :