AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pejabat MB, Media Selangor anjur tadabbur al-Quran tiap hari mulai esok

SHAH ALAM, 22 MAC: Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor menganjurkan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat sepanjang Ramadan mulai esok.

Dato’ Menteri Besar berkata program bertema tadabbur dan pengertian al-Quran dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor, anak syarikat Kerajaan Negeri.

Mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam, Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan Ramadan berkait rapat dengan kehidupan orang Islam selain bulan berkenaan turunnya kitab suci itu.

Katanya, kandungan al-Quran memberi banyak manfaat kepada umat Islam yang memahami dan meneliti intipatinya sekali gus mengajak mereka beringat dan mengambil iktibar.

“Bersama-sama mengambil iktibar dan pedoman dari ayat suci al-Quran sempena bulan Ramadan Al-Mubarak,” katanya dalam rakaman video pada malam ini.

Untuk ikuti program berkenaan boleh layari Facebook Media Selangor.


Pengarang :