Tangkap layar rakaman video ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan dan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pejabat MB, Media Selangor anjur tadabbur al-Quran tiap hari sempena Ramadan

SHAH ALAM, 23 MAC: Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor menganjurkan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan yang bermula hari ini.

Program bertema tadabbur dan pengertian al-Quran dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor, anak syarikat Kerajaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata kandungan al-Quran memberi banyak manfaat kepada umat Islam yang memahami dan meneliti intipatinya sekali gus mengajak mereka beringat dan mengambil iktibar.

“Bersama-sama mengambil iktibar dan pedoman dari ayat suci al-Quran sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.

“Semoga program ini akan memberi manfaat kepada kehidupan kita dan memahami serta mendalami kehidupan kita tentang al-Quran,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi rakaman video malam tadi.

Orang ramai boleh mengikuti program berkenaan menerusi Facebook Media Selangor.


Pengarang :