(Dari kiri) Datuk Rozzana Rahmat selaku moderator dikuti barisan panel Forum Wanita VIP Xcess Ke Syurga Dr Robiah Hamzah, Datuk Dr Norhafizah Musa dan Isfadiah Mohd Dasuki di Dewan Megawati kediaman rasmi Dato Menteri Besar pada 20 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pekawanis terima pelawaan pelbagai NGO anjur lebih banyak program keagamaan

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 20 MAC: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) menerima pelawaan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan lebih banyak program keagamaan pada masa akan datang.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata ia susulan kejayaan pertubuhan itu menganjurkan pelbagai program keagamaan dan terbaharu Forum Wanita VIP Xcess Ke Syurga.

Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad berucao ketika merasmikan Forum Wanita VIP Xcess Ke Syurga di Dewan Megawati kediaman rasmi Dato Menteri Besar pada 20 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Majlis ilmu ini julung kali diadakan bersama Majalah Nona sempena meraikan Hari Wanita dan menyambut kedatangan Ramadan.

“Susulan penganjuran program pada hari ini, kita terima banyak maklum balas positif daripada NGO yang berminat untuk jalin kerjasama bagi anjur program keagamaan pada masa akan datang.

“Insya-Allah jika yang berminat kita akan teruskan tapi mungkin dianjurkan di lokasi lain namun dengan pengisian dan konsep yang sama supaya masyarakat tahu dan tertunggu- tunggu penganjuran program ini,” katanya.

 

Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad bersama lebih 300 wanita mengikuti Forum Wanita VIP Xcess Ke Syurga di Dewan Megawati, kediaman rasmi Dato Menteri Besar pada 20 Mac 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Terdahulu Masdiana bersama lebih 300 tetamu hadir bagi mengikuti Forum Wanita VIP Xcess Ke Syurga di Dewan Megawati, kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini hari ini.

Program yang turut mendapat kerjasama My #InfaqIhsan, Warisan Ummah Ikhlas dan Angel Group Creative Financial Solution membuka tirainya dengan alunan bacaan Surah al-Insan oleh Sheikh Abdullah Jahaf dan  alunan qasidah

Forum berkenaan dibarisi panel Datuk Dr Ustazah Norhafiza Musa, Dr Robiah K Hamzah dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dengan Datuk Rozzana Rahmat selaku moderator.


Pengarang :