C.Pravin, 23, (kanan) mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan memakai apron, sarung tangan dan pelindung muka ketika menggunting rambut pelanggannya, Muhammad Muzammir Mohd Zamri, 18, semasa pemantauan SOP di Kampung Batu Hampar, pada 6 Ogos 2020. Foto: BERNAMA
PBTSELANGOR

Pelajar dipelawa sertai program gunting rambut percuma MPAJ

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 16 MAC: Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 20 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menganjur program gunting rambut percuma untuk pelajar sekolah Sabtu ini.

Ahli majlisnya berkata program yang mensasar pelajar darjah satu hingga tingkatan lima diadakan di Kedai Gunting Rambut Maha, Taman Lembah Maju dan Pandan Mewah bermula 10 pagi hingga 5 petang.

“Berdasarkan pengalaman program sebelum ini dijangkakan 120 pelajar akan datang menggunting rambut dalam program ini.

“Ini adalah penganjuran tahunan kali keempat hasil kerjasama jawatankuasa penduduk,” kata Alice Tan yang juga ketua JKP Zon 20.

Beliau yang juga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai menjelaskan empat tukang gunting rambut akan ditugaskan sepanjang program.

“Kita mahu memberi semangat kepada para pelajar terutama di zon ini yang akan kembali ke sekolah.

“Jadi jangan lupa datang ke Kedai Gunting Rambut Maha Sabtu ini,” katanya.


Pengarang :