Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 23 Oktober 2022. Foto REMY ARIIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pelbagai inisiatif Selangor sejajar konsep Malaysia Madani

SHAH ALAM, 15 MAC: Pelbagai inisiatif yang dilaksana Selangor sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang diperkenal kerajaan persekutuan dengan menekankan nilai mampan, sejahtera , daya cipta, hormat, yakin dan insan.

Dato’ Menteri Besar berkata pengenalan pelbagai program kebajikan rakyat sudahpun dilaksana secara teratur sejak 2008 sebagai usaha menjamin kemampanan dan kelestarian negara.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 15 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan antara usaha yang diambil termasuklah penjajaran semula program kebajikan bawah Iltizam Selangor Penyayang dan melaksana moratorium pembalakan.

Bagi aspek aman makmur pula, beliau berkata Selangor terjemah menerusi duta perpaduan bagi memastikan kesepakatan dan perpaduan rakyat terjamin.

“Dalam tempoh dua tahun kita membuat reka cipta dan inovasi menerusi program Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) dengan mempelawa pereka cipta profesional dan agensi kerajaan.

“Manakala, nilai hormat pula Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan semua pihak di saat peruntukan RM65 juta untuk agama Islam kita ada pendekatan lima agama seperti Buddha, kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Limas),” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Kota Anggerik Najwan Halimi berhubung konsep Malaysia Madani dalam pentadbiran negeri dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik peluncuran buku Membangun Malaysia Madani selepas menyampaikan amanat di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 19 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konsep berkenaan diusulkan sebagai jalan ke depan untuk Malaysia serta masyarakatnya yang rencam kaum dan budaya.

Konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan secara rasmi pada 19 Januari lepas , diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

 


Pengarang :