Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Iftar Rapat Rahmah Ramadan bersama penjawat awam di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 31 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pemimpin masyarakat, penggerak masjid, guru Kafa terima insentif Aidilfitri

Oleh Norrasyidah Arshad dan Zareef Muzammil

SHAH ALAM, 31 MAC: Dato’ Menteri Besar mengumumkan bantuan khas kewangan sebulan elaun kepada pemimpin masyarakat lantikan Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penerima Insentif Khas Aidilfitri Kita Selangor ialah pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan perkampungan kampung baru/bagan/tersusun serta ketua komuniti India.

“Turut menerima manfaat sebulan elaun ialah penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS), Penggerak Belia Selangor, ahli majlis bawah peruntukan ahli majlis tempatan,” katanya.

Beliau berucap di majlis Rapat Rahmah Ramadan dan berbuka puasa bersama warga penjawat awam Selangor 2023 di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini.

Amirudin berkata semua penggerak masjid seperti nazir, imam, siak dan bilal juga diberikan bantuan kewangan khas berjumlah RM500 sempena Aidilfitri ini.

“Jumlah sama juga akan diberi kepada lebih 1,600 guru rakyat di sekolah rendah agama dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa),” katanya.

 


Pengarang :