Oleh SHAMZ JOHAN
SHAH ALAM, 5 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan BTL Industries Malaysia Sdn Bhd di sini hari ini.
Kerjasama tersebut melibatkan perjanjian kemudahan rawatan pemulihan dan fisioterapi bagi kegunaan pemain Selangor FC.
Tengku Amir Shah turut berkenan melawat bilik rawatan dan kemudahan di pejabat BTL yang terletak di UOA Business Park, Shah Alam.
Baginda diberi penerangan selain mencuba mesin yang terdapat di situ.

Pada majlis tersebut, FAS diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Johan Kamal dan Pengarah Pusat Kesihatan Red Giant, Jason Ng manakala BTL diwakili pengarahnya, Mageswari Moganan dan Pengarah Negara BTL Aesthethic, Rebecca Arthur.
BTL Industries Malaysia Sdn Bhd akan menjadi pusat rehabilitasi rasmi untuk pasukan Selangor selama dua musim bermula tahun ini.