EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (dua, kanan) menyampaikan peranti ‘cashless kepada peniaga Bazar Ramadan Hijrah Selangor di Bilik Mesyuarat MTES di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 17 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Peniaga makanan, bekas chef hotel teruja sertai bazar Ramadan Hijrah

SHAH ALAM, 18 MAC: Sekadar mencuba nasib, seorang peniaga makanan tidak menyangka permohonannya untuk menyertai bazar Ramadan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) diterima.

Mengakui terharu atas peluang yang diberikan, Khairul Amin Ismail, 28, berkata beliau mengetahui mengenai peluang berniaga di bazar berkenaan menerusi media sosial Hijrah, dua minggu lalu.

Khairul Amin Ismail. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Pada mulanya saya hanya sekadar mahu cuba nasib sahaja. Tetapi tidak sangka pula proses permohonannya sangat mudah dan cepat.

“Ini pengalaman pertama saya berniaga di bazar Ramadan. Sebelum ini saya berniaga di restoran kecil di Jalan Kebun selama lima tahun,” katanya.

Terdahulu, beliau antara 62 peniaga bazar Ramadan Hijrah menerima permit niaga dan peranti tanpa tunai dalam satu majlis bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Majlis yang disempurnakan EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail turut memperkenalkan dua bazar Ramadan Hijrah di Seksyen 7 dan Seksyen U3 di sini.

Anis Sofea Khirudin. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sementara itu, bekas chef di sebuah hotel terkemuka Anis Sofea Khairudin, 25, berterima kasih kepada Hijrah yang membuka peluang kepadanya meneroka bidang keusahawanan.

“Kadar sewa tapak amat berpatutan. Saya sudah dua tahun berniaga makanan. Saya harap Hijrah Selangor dapat terus membantu peniaga kecil dan baharu seperti saya,” katanya yang kehilangan pekerjaan ketika pandemik Covid-19


Pengarang :