Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Setia Eco Templer, Rawang pada 3 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Penjawat awam perlu sesuai perubahan komunikasi babit media sosial

OLEH DIANA ABD WAHAB

GOMBAK, 4 MAC: Penjawat awam khususnya kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor digesa bersedia menerima dan mengadaptasi perubahan komunikasi terutama melibatkan platform media sosial

Dato’ Menteri Besar berkata penjawat awam perlu menambah ilmu pengetahuan dan bersedia menerima sebarang perubahan membabitkan medium komunikasi itu pada hari ini.

“Kira-kira 10 atau 15 tahun lepas kita perlu tunggu setengah hari atau 24 jam untuk dapat sesuatu berita atau kesahihan tapi hari ini tak perlu tunggu lama hanya beberapa saat maklumat akan sampai kepada kita dalam media sosial.

“Perkhidmatan barisan hadapan atau kaunter hadapan perlu sedia dengan perubahan ini kerana manusia ada pelbagai ragam dan helah.

“Sebab itu kena berjaga-jaga bukan sekadar miliki tetapi kena fahami nak ragam, bentuk dan pergerakan media sosial,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Setia Eco Templer, di sini malam tadi.

Amirudin berkata perkara itu menjadi cabaran untuk penjawat awam mengekalkan kecemerlangan dan mempertahankan integriti memandangkan semakin ramai yang memerhati dan melontarkan pandangan mereka menerusi media sosial.


Pengarang :