Caption pix A9-10 Orang ramai membeli sebahagian barangan keperluan asas yang dijual lebih murah berbanding dipasaran pada Jelajah Ehsan Rakyat DUN Taman Templer di Kampung Bendahara, Batu Caves pada 8 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Penuhi permintaan penduduk, jualan murah DUN Taman Templer dianjur lebih kerap

Oleh Shamz Johan

SELAYANG, 6 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer mengadakan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) secara lebih kerap selepas program tersebut mendapat permintaan tinggi penduduk.

Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer Rosli Kamaruddin. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pegawai penyelarasnya berkata dalam tempoh lapan hari pada bulan ini, pihaknya dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sudah menganjurkan jualan murah sebanyak lima kali.

“Untuk bulan Mac, kita sudah anjur lima kali dan kita sedang rancang 6 lagi JER pada bulan ini, insya-Allah kita cuba penuhi permintaan penduduk terutama menjelang Ramadan,” kata Rosli Kamaruddin ketika ditemui Selangorkini.

Terdahulu, lebih 600 pengunjung hadir program jualan murah peringkat DUN Taman Templer di lot parkir Kampung Bendahara, Batu Caves, hari ini.

Sementara itu, Pegawai PKPS Farahdina Hairudin pula memberitahu jadual JER masih berjalan seperti biasa sehingga hujung bulan ini.

Pengurus Audit Dalam Integriti dan Pengurusan Risiko PKPS Faradina Hairudin. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Setakat ini, jadual (JER) masih sama dan diteruskan seperti biasa sehingga awal Ramadan, kita akan maklumkan jika ada maklumat terbaharu,” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga menjelang Mei.


Pengarang :