AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Permohonan biasiswa khas, pinjaman boleh ubah dilanjut hingga 14 Mac

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 2 MAC: Tempoh permohonan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar yang dibuka sejak 26 Januari lalu dilanjutkan sehingga 14 Mac ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan lanjutan tempoh permohonan itu turut membabitkan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara (PBULN).

“Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) membuka tawaran biasiswa dan pinjaman pelajaran bagi tajaan pengajian di luar negara (100 universiti terbaik) dari 26 Januari hinggga 1 Mac.

“Sukacita dimaklumkan tempoh tawaran ini akan dilanjutkan sehingga 14 Mac (Selasa),” maklumnya menerusi Facebook.

Kriteria dan permohonan boleh disemak melalui pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my/ atau hubungi 03-5521 2275, 03-5544 7543 serta e-mel [email protected].

Permohonan biasiswa tersebut merupakan pembiayaan berbentuk biasiswa penuh dan pinjaman boleh ubah bagi melanjutkan pengajian ke 100 universiti terbaik dunia.

Peruntukan TKWBNS itu ditawar kepada anak Selangor yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda hingga doktor falsafah.


Pengarang :