ADNSELANGOR

Pertandingan masak tarikan karnival rakyat DUN Taman Templer Ahad ini

OLEH SHAMZ JOHAN

SELAYANG, 9 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer menganjurkan Mini Karnival Kasihku Templer sempena cuti sekolah di Clubhouse Andari Townvilla 2, Batu Caves pada Ahad, 12 Mac ini.

Pegawainya Mohd Montazeri Nordin berkata program bermula jam 9 pagi itu menyediakan pelbagai aktiviti sesuai dengan semua peringkat umur supaya penduduk dapat menjalani aktiviti bersama keluarga.

“Kita anjurkan pertandingan memasak, pertandingan dam haji dan karom serta pertandingan mewarna. Kita juga akan membuat hebahan tentang inisiatif Iltizam Selangor Penyayang kepada pengunjung,” katanya.

Pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi talian 03-61271831 atau Hafizah (013-2970535) selain maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer.


Pengarang :