Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas (kiri) dan Presiden Samsung Malaysia Electronics Denny Kim menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tawaran teknologi kepada pembeli rumah PKNS di Dewan Aster, ibu pejabat PKNS, Shah Alam pada 23 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PKNS, Samsung laksana program perintis, pembeli rumah ditawar perkakas canggih

SHAH ALAM, 24 MAC: Skim perintis tawaran kelengkapan rumah berteknologi tinggi dengan harga diskaun akan dimulakan di rumah teres dua tingkat dekat Puteri Ariana, Kota Puteri, Rawang pada Mei ini.

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata pembeli rumah ditawar beberapa pakej khas produk Samsung mengikut pilihan masing-masing.

“Kita akan cuba dengan skim perintis dahulu di sana (Puteri Ariana). Contohnya pakej A, penghawa dingin dan komputer manakala pakej B, penghawa dingin dan televisyen.

“Perkara ini tidak termaktub dalam harga rumah tetapi ia berbentuk pilihan yang boleh pelanggan terima. Kerjasama ini menjadikan PKNS berbeza dengan pesaing dalam industri hartanah,” kata Dato’ Mahmud Abbas.

Beliau ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tawaran teknologi dan perkhidmatan antara PKNS dan Samsung Malaysia Electronics di sini.

Tambah Mahmud, pihaknya juga bakal menggunakan khidmat Samsung dalam penghasilan bangunan pintar pada projek akan datang seperti kondominium dan pusat beli-belah.

 


Pengarang :