Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni kanak-kanak kurang upaya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh di Segamat Johor pada 5 Mac 2023. Turut bersama, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM: Projek tebatan RM600 juta atasi banjir di Johor bermula Jun

SEGAMAT, 5 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa projek rancangan tebatan banjir (RTB) terutamanya di Johor, akan disegerakan operasinya bermula Jun ini.

Beliau berkata proses tender projek tebatan banjir berkenaan harus disegerakan dan perlu beroperasi segera, memandangkan isu banjir di Johor terutamanya, merupakan sesuatu isu yang berulang.

“Isu ini (banjir) kalau tidak dilakukan apa-apa yang serius, ia akan berulang. Isu banjir ini bukan kali pertama, tetapi sudah bertahun-tahun. Kadang-kadang, setahun dua kali.

“Oleh itu, kita putuskan projek yang mahal RM600 juta atau lebih tebatan banjir akan disegerakan. Nanti kita lulus dan disegerakan,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengah, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni salah seorang mangsa banjir ketika turun padang meninjau situasi banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh hari ini. Foto BERNAMA

Beliau berkata enam projek tebatan banjir yang sebelum itu ditangguhkan sebentar, kerana beliau tidak mahu peruntukan untuk bantu rakyat terdapat ketirisan atau kecurian, meskipun proses tender itu disegerakan. -BERNAMA


Pengarang :