Perkhidmatan transit aliran massa (MRT) laluan Putrajaya fasa dua yang beroperasi mulai 16 Mac 2023 mampu mengurangkan kesesakan jalan raya, terutama bagi jalan dan lebuh raya menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM umum perkhidmatan percuma MRT laluan Putrajaya hingga 31 Mac

SHAH ALAM, 16 MAC: Perkhidmatan transit aliran massa (MRT) laluan Putrajaya boleh digunakan secara percuma bermula hari ini sehingga 31 Mac, umum perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkhidmatan dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga Putrajaya Sentral ditawarkan sempena pembukaan rasminya jam 3 petang ini, lapor Berita Harian.

Beliau ditemui selepas melancarkan perkhidmatan tersebut, yang turut disertai Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Perkhidmatan MRT2 laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer adalah projek kedua MRT Lembah Klang, yang menelan belanja RM30.53 bilion.

Laluan berkenaan mempunyai 36 stesen meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Jalan Tun Razak, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya.


Pengarang :