Agensi kerajaan membantu penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi, Johor pada 2 Mac 2023. Foto Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara
AGENDANASIONAL

PM umum peruntukan segera RM50 juta bantu mangsa banjir di Johor

SUBANG JAYA, 3 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM50 juta bagi membantu mangsa banjir dan keperluan mendesak di Johor.

Perdana menteri berkata ia adalah peruntukan untuk keperluan segera di negeri berkenaan.

“(Peruntukan) segera RM50 juta untuk Johor, bantu mangsa banjir dan apa-apa keperluan yang segera.

“Beberapa menteri turun hari ini dan esok sebahagian lagi. Saya atur (lawatan) dalam masa singkat,” katanya.

Keadaan banjir di Johor dilaporkan semakin buruk setakat pagi tadi apabila mangsa banjir terus melonjak kepada 33,149 penduduk dengan semua 10 daerahnya kini terjejas.


Pengarang :