Pustaka Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PPAS: Tempoh pinjaman buku dilanjut hingga sebulan mulai 1 April

SHAH ALAM, 31 MAC: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melanjutkan tempoh pinjaman buku selama sebulan bermula April ini.

Agensi itu memaklumkan keputusan tersebut susulan maklum balas positif yang diterima daripada pengumuman kenaikan jumlah pinjaman buku pada 1 Mac.

“Ya! Kami mendengar permintaaan semua. Mulai 1 April, tempoh pinjaman buku di seluruh premis PPAS dinaikkan kepada satu bulan (tiga minggu sebelum ini)

“Semoga pelanjutan tempoh pinjaman ini akan memberikan lebih banyak peluang untuk anda menghabiskan bahan bacaan,” katanya di Facebook.

Pada 1 Mac lalu, PPAS mengumumkan menaikkan jumlah pinjaman buku untuk setiap individu daripada 10 kepada 20 naskhah.

Orang ramai boleh meminjam buku di semua perpustakaan negeri atau menempah melalui perkhidmatan BooksFly2U.


Pengarang :