Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan harian yang dijual murah menerusi Jelajah Ehsan Rakyat di Masjid Nurul Iman Kampung Ijok, Kuala Selangor pada 6 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Program jualan murah barangan asas di sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 20 MAC: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meneruskan program jualan barangan asas murah di sembilan lokasi esok bermula 10 pagi.

Program Jelajah Ehsan Rakyat akan diadakan di sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Permatang di Balairaya Blok Q, Sawah Sempadan; Jalan Klinik/Medan Selera Kuala Selangor (DUN Bukit Melawati), Hajar Seafood Kampung Damai Kuang (DUN Kuang) dan Taman Selayang Mutiara (DUN Taman Templer).

Manakala DUN Pandan Indah di Jalan Hilir 7/Lorong Luas 5 (K5), Kampung Pandan Dalam; Dewan Orang Ramai Kampung Batu 16 (DUN Dusun Tua), Kampung Matang Pagar (DUN Paya Jaras), Surau Darul Amin, Jalan Paip (DUN Meru) dan Dataran MPKK Kampung Seri Judra (DUN Morib).

Jelajah Ehsan Rakyat anjuran Kerajaan Negeri menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 16 Januari hingga menjelang Mei.

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :