MENGEMBALIKAN keyakinan rakyat dan memulihkan negara menjadi agenda utama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan pimpinannya yang genap 100 hari mentadbir Malaysia pada 3 Mac.
Menerusi peruntukan berbilion-bilion ringgit, pelbagai inisiatif yang dirasai rakyat telah dilaksanakan antaranya menangani kos sara hidup, membela golongan miskin, memastikan bekalan barangan mencukupi dan menyediakan bantuan persekolahan.
Lebih banyak bantuan dinikmati menerusi Belanjawan 2023 yang dibentangkan Anwar, juga menteri kewangan, di Parlimen pada 24 Februari.
Wartawan AMIN RIDZUAN ISHAK menyenaraikan inisiatif awal dalam tempoh 100 hari pentadbirannya sebagai perdana menteri kesepuluh.
Sumbangan Tunai Rahmah
- Dana RM1.67 bilion untuk salur bantuan kepada 8.7 juta golongan B40
- Bantuan fasa satu salur mulai 17 Januari
- Keluarga atau ibu bapa tunggal terima RM300, warga emas tiada pasangan dan bujang dapat RM100
RM150 Bantuan Awal Persekolahan
- Semua murid tanpa mengira pendapatan penjaga terima bantuan
- Bantu ibu bapa atau penjaga beli keperluan sekolah anak
- Dana lulus menerusi Bajet Mini 2023
- Inisiatif diumum pada Belanjawan 2023 dibentang kerajaan terdahulu
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam
- RM700 untuk 1.3 juta penjawat awam gred
- 56 ke bawah, RM350 bagi sejuta pesara
- Kenaikan gaji tahunan khas RM100 kepada penjawat awam Gred 11 hingga 56
Kekal Takrif Elektrik
- Elak kenaikan babit pengguna domestik
- Tarif lama juga kekal untuk IKS, syarikat pertanian serta pengeluar makanan
- Babit kesan kewangan hampir RM30 bilion

Tol Percuma
- Untuk semua pengguna lebuh raya pada 20 dan 21 Januari, sempena Tahun Baharu Cina
- Babit kesan kewangan RM40 juta
Peluang Kerja
- 50,000 kerjaya secara kontrak melalui program MySTEP pada 2023
- Anak syarikat kerajaan (GLC) tawar 35,000 kekosongan
- Peruntukan lulus pada Belanjawan Mini 2023

Menu Rahmah
- Jual hidangan lengkap berharga RM5 ke bawah
- Diperkenal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk kurang kos sara hidup
- Lebih 15,000 premis terbabit dalam kempen
- Babit premis di lokasi strategik termasuk kafetaria universiti dan gerai di lebuh raya
RM60 juta Untuk 240,000 Pesawah Miskin
- Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) setuju salur bantuan khas
- Pesawah dari Kelantan, Terengganu dan Kedah jadi kumpulan pertama penerima
- Setiap pesawah terima RM250
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Untuk Pekebun Kecil Getah
- RM200 sebagai tambahan BMT
- Hampir 320,000 pekebun kecil layak terima
- Sebelum ini kerajaan salur RM300 sebulan pada November dan Disember
Bencana
- RM100 juta untuk kurang beban mangsa di Kelantan dan Terengganu
- RM10,000 untuk waris mangsa meninggal dunia, RM1,000 bagi ketua keluarga terjejas banjir
- Percepat projek tebatan banjir
- RM400 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
- RM10,000 untuk waris mangsa maut dalam tragedi tanah runtuh Batang Kali, RM1,000 bagi setiap keluarga

Telekomunikasi
- Lancar pakej perpaduan jalur lebar tetap mulai Februari
- Bantu B40, veteran, orang kurang upaya (OKU), warga emas
- Tawar perkhidmatan jalur lebar serendah RM5 sebulan
- Dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro
Makanan Asas
- Import telur tampung bekalan dalam negara]
- Langkah untuk jaga kebajikan rakyat, bukan menekan pengusaha tempatan
- Pulih bekalan ayam
Wanita
- Lancar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) mulai 1 Disember
- Dikendali Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Manfaat kepada kira-kira 3 juta suri rumah bawah 55 tahun
- Beri perlindungan menerusi faedah hilang upaya kekal, perubatan dan pemulihan, elaun keuzuran, bantuan dialisis, pencen penakat dan pengurusan mayat
Sabah & Sarawak
- Selesai sebahagian besar tuntutan tertunggak 60 tahun menerusi Perjanjian Malaysia 1963
- Pemberian khas RM300 juta kepada Sarawak
- Lantik wakil dua negeri itu dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pemulangan kuasa laksana perbelanjaan kemudahan awam
- Kerajaan Sabah diberi kuasa mengawal selia bekalan gas