Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim sekitar daerah Klang di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Klang pada 25 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKI
AGENDANASIONAL

Raja Muda serah sumbangan Aidilfitri Yide kepada anak yatim sekitar Klang

KLANG, 25 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim, hari ini.

Sumbangan membabitkan sejumlah RM268,050 itu diperuntukkan Yide untuk 1,787 anak yatim di daerah Klang.

Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor berkata setiap anak yatim menerima wang tunai RM150 bagi membantu persiapan Aildilfitri.

“Hari ini bermula program Aidilfitri kepada anak yatim di Selangor. Alhamdulillah, setelah hampir tiga tahun Yide tidak menganjurkan program bersama anak yatim kerana wabak Covid-19, tahun ini ia akhirnya terlaksana,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yide di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menerima cek cura RM547,020.00 daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim sekitar daerah Klang di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Klang pada 25 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Mazlan turut menzahirkan penghargaan Yide kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) atas sumbangan Baitulmal dan Tabung Amanah Anak Yatim Mais sebanyak RM547,020 pada majlis itu.

Selepas majlis itu, Tengku Amir Shah turut berkenan meluangkan masa mendengar tazkirah Ramadan disampaikan Ikon Mahabbah Yide, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebelum menunaikan solat Zohor berjemaah.

Sebahagian anak yatim kelihatan ceria menerima sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) yang disampaikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Klang pada 25 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :