Pasukan Triple A dan Rawang FC bergambar sebelum memulakan perlawanan akhir sepakan penalti Piala Madani di padang awam Kampung Sawah, Kuala Langat pada 5 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Rawang FC juara kejohanan sepakan penalti selepas benam Triple A

KUALA LANGAT, 5 MAC: Rawang FC mengungguli Kejohanan Sepakan Penalti Piala Madani 2023 selepas membenam Triple A 4-1 dalam pusingan akhir hari ini.

Kejayaan itu melayakkan pasukan berkenaan membawa pulang trofi kejuaraan berserta wang tunai RM5,000.

Penganjur R Haridess berkata kejohanan julung kali anjuran Cabang Kuala Langat di padang bola sepak Kampung Sawah di sini disertai 50 pasukan seluruh Selangor.

“Semua pasukan diberi lima tendangan penalti dengan yang paling banyak membuat jaringan dikategori sebagai pemenang bagi setiap kumpulan.

Pasukan Triple A dan Rawang FC beraksi pada perlawanan akhir sepakan penalti Piala Madani di padang awam Kampung Sawah, Kuala Langat pada 5 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Juara kumpulan beraksi di pusingan seterusnya hingga dua pasukan terbaik berentap pada aksi akhir. Rawang FC dinobat juara selepas memenangi keenam-enam perlawanan,” katanya.

Beliau berkata kejohanan itu bertujuan mengeratkan ukhuwah antara belia Selangor selain mengangkat aspirasi Madani diperkenal kerajaan perpaduan.

“Kita bangga kerana program ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah, malah setiap pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

“Diharap kejohanan seumpama ini dapat diteruskan pada tahun akan datang,” katanya.


Pengarang :