EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 16 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sektor perkhidmatan sumbang pelaburan tertinggi tahun lalu

SHAH ALAM, 16 MAC: Selangor mencatat RM60.1 bilion nilai pelaburan menerusi pelbagai sektor tahun lalu, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim berkata sektor perkhidmatan merekod jumlah pelaburan tertinggi iaitu RM47.9 bilion.

“Sektor perkilangan merekodkan sejumlah RM12.2 bilion dengan 265 projek perkilangan diluluskan berstatus projek baharu.

“Daripada sejumlah RM12.2 bilion itu, RM4.64 bilion adalah pelaburan tempatan dan RM7.57 bilion adalah pelaburan asing.

“Ini menjadikan Selangor berada ditempat kedua dalam keseluruhan (pelaburan) negeri di Malaysia,” katanya.

Chang Khim berkata demikian pada sesi penggulungan titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata kira-kira 80 peratus projek yang diluluskan sudah dilaksanakan bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

“Ia adalah angka yang tinggi dan membanggakan,” katanya.


Pengarang :