Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan program Selangor Bertadabbur 5.0 sempena majlis iftar bersama agensi kerajaan Daerah Gombak di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Gombak pada 29 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor Bertadabbur 5.0 dilancar, imarahkan sambutan Ramadan

GOMBAK, 29 MAC: Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini melancarkan program Selangor Bertadabbur 5.0 bagi mengimarah sambutan bulan Ramadan.

Pelancaran dibuat sempena Majlis Iftar Dato’ Menteri Besar bersama agensi kerajaan daerah Gombak di Dewan Seri Beringin di sini.

Menurut Ahli Dewan Negeri Sungai Tua program tahunan yang dianjur sejak 2019 itu dapat menghidupkan suasana Ramadan dengan aktiviti bermanfaat.

“Dalam Ramadan ini kita sering sebut turunnya al-Quran sebab itu Kerajaan Negeri mahu giatkan aktiviti berfaedah.

“Tahun ini juga setiap hari antara jam 12 tengah hari, 1 petang kita adakan program sehari satu ayat untuk manfaatkan kehidupan kita.

“Walapun hanya 30 ayat, 30 hari sahaja, namun program akan jadi amalan, rujukan di samping membentuk sikap dan tingkah laku yang baik,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Program sehari satu ayat dianjurkan Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor sepanjang Ramadan bermula 23 Mac.

Bertema tadabbur dan pengertian al-Quran, program dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor, anak syarikat Kerajaan Negeri.


Pengarang :