Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor ( IDRISS ) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 15 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor catat pelaburan RM12.2 bilion dari sektor pengilangan tahun lalu

SHAH ALAM, 15 MAC: Selangor berjaya menarik 265 projek pelaburan sektor pengilangan yang berjumlah RM12.2 bilion pada tahun lalu, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata data berkenaan berdasarkan laporan dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) minggu lalu.

“Pelaburan ini merupakan manifestasi keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara, memilih Selangor sebagai antara destinasi pelaburan utama negara.

“Ianya akan menjana ekonomi dan merancakkan lagi sektor pembuatan serta ekosistem industri di Selangor selain menawar banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Berucap ketika melancarkan Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) hari ini, Amirudin berkata data itu membuktikan kutipan hasil negeri tidak hanya bergantung kepada pelaburan mega semata.

“Selangor juga buktikan dalam tempoh 2018 hingga 2021 kita catatkan pelaburan tinggi dari sasaran. Pernah RM17 bilion hingga RM19 bilion. Ini tunjuk kemampuan pengurusan bertambah baik di samping kekalkan apa yang ada,” katanya.


Pengarang :