Ng Sze Han ketika ditemu bual Media Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 16 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Sempena Aidilfitri, warga DUN Kinrara dipelawa mohon baucar beli-belah

SUBANG JAYA, 30 MAC: Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara berpendapatan seisi rumah RM3,000 ke bawah dipelawa memohon baucar beli-belah Aidilfitri sehingga 3 April ini.

Wakil rakyatnya, Ng Sze Han berkata sebanyak 600 kuota di DUN berkenaan diperuntukkan untuk inisiatif Jom Shopping itu tahun ini.

“Kita ada 600 kuota baucar, tetapi setakat ini kira-kira 300 yang layak. Saya menyeru penduduk datang ke pejabat saya atau hubungi ahli majlis kawasan masing-masing untuk buat pendaftaran dan dapatkan baucar jika layak,” katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau projek pembinaan jalan sambungan antara persiaran Taman Perindustrian Kinrara dan Jalan BK 5B, Puchong di sini, hari ini.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.

Program itu merupakan bantuan yang dilaksanakan sempena tiga perayaan utama iaitu  Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali bagi meringankan beban keluarga kurang mampu untuk membeli barangan keperluan.

Nilai baucar juga dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.


Pengarang :