Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar Rahim Ahmad Kasdi (dua, kanan) bersama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) menyampaikan sumbangan sempena Aidilfitri MBI di Dewan Beringin, Gombak pada 29 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sempena Ramadan, MBI peruntuk lebih RM2 juta bantu asnaf, program imarah

SHAH ALAM, 1 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI meneruskan program Ihya’ Ramadan tahun ini dengan peruntukan lebih RM2 juta.

Ketua tanggungjawab sosial korporat berkata jumlah merangkumi sumbangan kepada masjid dan surau, bantuan wang tunai untuk asnaf serta penganjuran program berbuka puasa bersama penduduk.

“MBI juga akan mengagihkan kurma ke 56 Dewan Undangan Negeri sebelum bermulanya Ramadan. Agihan juadah berbuka hanya tertumpu di Bangunan Darul Ehsan.

“Sebahagian belanja ini juga digunakan untuk penyediaan moreh serta pelbagai lagi program imarah sempena Ramadan. Semoga inisiatif memberi manfaat kepada banyak pihak,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada SelangorKini.

Tahun lalu anak syarikat Kerajaan Negeri itu juga memperuntuk RM2 juta bagi menjayakan program sama.

Sepanjang 2019 hingga tahun lalu MBI membelanjakan hampir RM8 juta kepada institusi agama merangkumi bantuan kepada pihak masjid sebanyak RM4.3 juta, surau (RM3.1 juta) dan sekolah rendah agama (RM1 juta).


Pengarang :