Pengarah Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) Dr Yusri Zakariah (empat, kanan) bersama anggota Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Selangor ketika sesi town hall di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 7 Mac 2023. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Sesi dialog ruang anggota kesatuan selesai isu berbangkit berkaitan tanah

SHAH ALAM, 8 MAC: Program Townhall Pengarah Tanah dan Galian Selangor bersama Penolong Pegawai Tanah Selangor semalam boleh dijadikan platform perbincangan dua hala untuk menyelesaikan isu berbangkit.

Presiden Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Selangor (KPPTNS) berkata program tahunan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) semalam adalah sesi dialog melibatkan anggotanya selain mengeratkan silaturahim.

Presiden Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Selangor (KPPTNS) Mohd Zuwahir Wandi. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI

“Matlamat utama penganjuran bagi mendengar luahan serta bertukar pandangan bersama penolong pegawai tanah yang merupakan nadi utama dalam urusan pentadbiran dan pengurusan tanah di Selangor.

“Malah ia wajar dimanfaatkan sebagai salah satu platform interaksi antara mereka secara terus kepada pihak pengurusan tertinggi,” kata Mohd Zuwahir Wandi.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Sesi Townhall Pengarah Tanah dan Galian Selangor bersama Penolong Pegawai Tanah Selangor di SACC di sini.

Turut hadir, Pengarah Tanah dan Galian Selangor Dr Yusri Zakariah.


Pengarang :