Orang ramai mengunjungi reruai sempena Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 6 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sidang halal negeri 2.0 berskala besar, buka tirai 10 Mac

SHAH ALAM, 6 MAC: Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) edisi kedua yang menghimpunkan pemain industri dari dalam dan luar negara akan membuka tirai 10 Mac ini.

Acara selama tiga hari hingga 12 Mac yang mengangkat tema ‘Selangor, Gerbang Halal Antarabangsa’ dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Enam komponen bakal diketengahkan sepanjang persidangan merangkumi forum perniagaan, kewangan Islam, pameran, padanan perniagaan, rantaian bekalan halal dan pemasaran digital.

Pameran dengan sasaran padanan perniagaan RM50 juta turut meliputi kluster makanan dan minuman, farmasi dan penjagaan kesihatan, busan sopan, bahan mentah dan ramuan halal, kecantikan serta pelancongan dan hospitaliti.

Edisi kali ini diadakan dengan skala lebih besar, ruang lebih luas dan selesa sesuai dalam suasana endemik dan hampir 200 pemain industri berdaftar untuk menyertai pameran berkenaan.

Selhac pertama kali dianjurkan Mac tahun lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan penyertaan lebih 200 pempamer dan merekodkan transaksi sebanyak RM37.73 juta.


Pengarang :