Pengunjung mencuba mi bandung segera yang dijual pada Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 6 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sidang halal negeri bermula esok, kluster makanan antara tumpuan

SHAH ALAM, 6 MAC: Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) edisi kedua yang menghimpunkan pemain industri dari dalam dan luar negara akan membuka tirai mulai esok.

Acara selama tiga hari sehingga 12 Mac yang mengangkat tema ‘Selangor, Gerbang Halal Antarabangsa’ bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dijadual merasmikan persidangan tersebut pada jam 10.15 pagi diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari

Enam komponen bakal diketengahkan sepanjang persidangan merangkumi forum perniagaan, kewangan Islam, pameran, padanan perniagaan, rantaian bekalan halal dan pemasaran digital.

Pameran dengan sasaran padanan perniagaan RM50 juta turut meliputi kluster makanan dan minuman, farmasi dan penjagaan kesihatan, busan sopan, bahan mentah dan ramuan halal, kecantikan serta pelancongan dan hospitaliti.

Edisi kali ini diadakan dengan skala lebih besar, ruang lebih luas dan selesa sesuai dalam suasana endemik dan hampir 200 pemain industri berdaftar untuk menyertai pameran berkenaan.

Pempamer terlibat seperti Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Bank Islam, Maybank Islamic Berhad, Majlis Agama Islam Selangor, Farm Fresh Malaysia dan Yayasan Hijrah Selangor.

Selhac pertama kali dianjurkan Mac tahun lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan penyertaan lebih 200 pempamer dan merekodkan transaksi sebanyak RM37.73 juta.


Pengarang :