EXCO Industri Kecil dan Sederhana Dato’ Teng Chang Khim pada sidang media Program Smart Raya Selangor 2023 di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 16 Mac 2023. Foto Facebook Sidec
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sidec tawar hadiah cabutan bertuah sehingga RM20,000, pelbagai diskaun di festival usahawan

SHAH ALAM, 22 MAC: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) menawarkan hadiah cabutan bertuah sehingga RM20,000 di Festival Usahawan Gempak sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula 7 April depan.

Sidec, anak syarikat Invest Selangor Berhad memaklumkan antara hadiah ditawarkan kepada pengunjung bertuah seperti motosikal, televisyen dan peranti.

“Kami akan pastikan anda mendapat pengalaman sangat berbaloi di Festival Usahawan Gempak. Jom kita serbu Stadium Malawati Shah Alam, 7 hingga 9 April bermula dari 10 pagi hingga lewat malam,” kata kenyataan menerusi Facebook.

Minggu lalu, EXCO industri kecil dan sederhana memaklumkan Selangor akan menganjurkan Festival Usahawan Gempak yang menawarkan pelbagai barangan keperluan dengan diskaun menarik sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 7 April.

Dato’ Teng Chang Khim berkata inisiatif Smart Raya Selangor 2023 yang menghimpunkan 150 usahawan tempatan diadakan selama tiga hari sehingga 9 April di Stadium Malawati.

Beliau berkata festival dikendalikan Sidec itu mampu menarik sehingga 25,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung serta sejumlah RM40,000 baucar beli-belah disediakan kepada pengunjung untuk ditebus.


Pengarang :